Program Tiktok : Bina Content

9 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Program TikTok Bina Content ini berlangsung dengan sangat meriah. Program ini telah disampaikan oleh Rakan Digital Felda Bukit Permai dan telah berlangsung dari jam 09.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan kehadiran 18 orang peserta yang kebanyakannya dari kalangan usahawanan. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mengajar usahawan cara untuk membuat content yang memberi banyak manfaat, berkait rapat dengan kehidupan seharian dan boleh mencapai views yang tinggi.

Antara topik yang disampaikan adalah grow melalui manfaat, live streaming, memperbetul fahaman kurang tepat, SEO (Search Engine Optimisation) dan Affiliate.
Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada usahawan yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali